(Video) Perunding The Venue Cadang SOP Norma Baru Majlis Perkahwinan, Dah Macam Drive-Thru!

Posted on Saturday, June 06, 2020 | 6/06/2020



Semalam Ohmedia ada buat tinjauan di laman Twitter mengenai cadangan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu bagi majlis perkahwinan untuk pasangan bakal pengantin di luar sana. Agak luar biasa gais!

Haa, kalau korang nak tahu macam mana, boleh tonton video tersebut dekat bawah ni dan cuba korang bagi pendapat sikit mengenai cadangan oleh sebuah perunding perkahwinan The Venue dalam situasi pandemik Covid-19.


Video yang berdurasi 3 minit 22 saat itu menunjukkan setiap tetamu yang hadir akan mendaftar sebelum memasuki dewan dan memakai penutup muka serta mengamalkan penjarakan sosial 1 meter.

Jadi, semasa majlis perkahwinan itu berlangsung pun tidak ada sesi bersalaman atau peluk cium di antara tuan rumah dan tetamu. Apa yang paling menarik, jamuan makan pun tak ada sebab juadah disediakan di dalam pek.

Tetamu kena ambil pek tersebut dan cenderamata sebelum pulang ke rumah. Rata-rata warganet bersetuju dengan cadangan ini tetapi ada juga segelintir netizen mengkritik norma baru itu.

OHMEDIA: BAIK BUAT NIKAH JER SEMASA PANDEMIK, MALAS LAH PULA NAK ADAKAN MAJLIS SANDING. DAH TAK RASA SERONOK MACAM DULU-DULU. KAH!

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/06/2020

0 comments:

Loading...