(Video) Tiga Bilik SMK Pasir Gudang 3 Alami Kebakaran


Sebelum ini Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengalami kebakaran, kini giliran SMK Pasir Gudang 3 yang terletak di Johor Bahru pula musnah dijilat api hari ini.

Perkongsian itu telah dibuat oleh seorang pembaca berita terkenal yang dikenali sebagai Yasir Mansor di laman Twitter menunjukkan api sedang marak di tiga bilik seperti bilik akses, bilik sejarah dan bilik stor.

Bomba dikejarkan ke Sekolah Menengah Pasir Gudang 3, Johor Bahru selepas kebakaran di bilik stor, bilik sejarah dan bilik akses. Api dapat dikawal dalam tempoh lebih 1 jam. Operasi tamat kira-kira 12.44 tengah hari tadi.


Walaubagaimanapun, api tersebut dapat dikawal dalam tempoh lebih 1 jam dan operasi tamat kira-kira pada pukul 12.44 tengah hari tadi. Syukur, alhamdulillah.

OHMEDIA: SYABAS BOMBA! NASIB BAIKLAH TAK MELIBATKAN SATU SEKOLAH TETAPI HANYA BEBERAPA BILIK JER.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media