Viral Gambar Singa Zoo Negara Kurus & Tak Bermaya! Alasan Kerana Dalam Musim Mengawan


Betul ke haiwan di Zoo Negara tak cukup makan? Baru-baru ini tersebar satu gambar yang menunjukkan seekor singa jantan yang tidak bermaya dan terlalu kurus dipercayai milik Zoo Negara.

Bagaimanapun, memetik laporan Astro Awani yang mendapatkan jawapan dari pihak Zoo Negara, mereka mengatakan yang singa akan mengalami penurunan berat badan yang ketara ketika musim mengawan.

Manja Kani dan Manja Ela dalam proses mengawan sejak kebelakangan ini dan itu yang menyebabkan Manja Kani kadang-kadang tidak makan. Ini perkara biasa bagi spesies panthera leo namun kes Manja Kani lebih ketara kerana dipengaruhi oleh singa betina yang enggan mengawan, serta perlakuannya memaksa betina untuk mengawan. - Kata Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia, Rosly Ahmat Lana.
\

Sebelum ini sempat viral mengatakan bekalan makanan haiwan di sana terjejas di sepanjang PKP berikutan pembekal sukar untuk melakukan penghantaran dan mereka mengakui diet pemakanan singa terbabit juga terpaksa ditukar dari makanan daging kepada ayam.

Manja Kani agak memilih`, kadang ia suka daging lembu dan bukan ayam, kadang ia suka daging rusa dan bukan daging lembu. - Tambahnya lagi.

Siapa tak terkejut dan kesian melihat haiwan yang kurus dan nampak tak bermaya. Jadi, diharapkan Manja Kani terus berselera dan kembali berotot selepas ini.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca yang kesian dengan Manja Kani di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media