Viral Perempuan Sentiasa Betul & Lelaki Sentiasa Salah!


Siapa yang salah dan siapa yang betul? Nama penyerang berbisa Liverpool iaitu Mohammad Salah sering menjadi bahan rakyat Malaysia dalam setiap situasi. Tapi siapa pula Betul?

Memetik dari laporan Harian Metro, mereka berjaya mencari 2 nama Betul iaitu Betul Nur Yilmaz pembantu pengadil FIFA dan Betul Nur Kahraman atlet pingpong Turki.

Betul Nur Yilmaz sebenarnya adalah seorang guru dan telah menjadi pengadil bola sepak wanita sejak tiga tahun lalu termasuk membantu mengadil dalam perlawanan Piala Dunia Wanita.

Betul Nur Kahraman pula belajar di Universiti Turki dan menjadi pemain negara itu.

Nampaknya benarlah apa yang orang katakan selama ini yang lelaki sentiasa 'Salah' dan perempuan sentiasa 'Betul'.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang suka sangat dengan Betul dan Salah di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media