Xiaomi Home Security Camera Antara CCTV Termurah Dengan Pelbagai Features Menarik


Kebanyakkan produk Xiaomi yang sedia ada semuanya tak mahal kalau nak dibandingkan dengan brand-brand lain. Bila korang tengok Xiaomi punya produk tu keluar-keluar je dah mahal, maknanya semua produk lain akan 2 atau 3 kali ganda lagi mahal dari produk mereka. Walau apa sekalipun, barang Xiaomi ni tak pernah mengecewakan Oh! Media.


Baru-baru ni, Oh! Media ada kongsikan satu lagi produk Xiaomi yang buatkan Oh! Media sendiri tertarik iaitu Xiaomi Home Security Camera 360. Banyak features menarik yang ada dalam CCTV ni untuk menjaga keselamatan rumah, ofis atau apa-apa jelah yang korang nak perhatikan dari jauh tu. Korang boleh kawal semua features yang sedia ada dengan app Xiaomi Home, tak kisahlah korang ada dekat mana sekalipun cuma kena ada internet jer.

Rakaman yang terhasil dengan kualiti video 1080p bersama Wide Dinamic Range buatkan semua benda yang dirakam nampak jelas. Bukan tu jer, dalam gelap gelita pun korang masih boleh nampak semua benda sebab CCTV ni ada Night Vision. Apa yang menariknya, Home Security Camera 360 ni membolehkan kita berinteraksi dengan pihak ada ada dikawasan CCTV tersebut dengan hanya tekan butang 'call' jer.


Korang boleh simpan footage yang dirakam ke dalam SD Card, Xiaomi Cloud Storage (berbayar) ataupun ke dalam NAS kita sendiri mengikut kehendak masing-masing. Maknanya, selagi telefon korang ada internet selagi tu korang boleh akses semua rakaman dalam tempoh masa sebelum ini atau secara live tau.

Enam tahun lepas pun Oh! Media ada pakai CCTV keluaran Xiaomi juga tapi yang biasa punya la dan tak boleh rotate 360 darjah macam yang model baru Oh! Media pakai ni. Mesti korang terkejut bila dengar harga Xiaomi Home Security Camera 360 ni sebab memang tak masuk akal dengan pelbagai features menarik yang ditawarkan. Murah jer gais, cuma RM100 jer. Memang sangat berbaloi dan tak perlu nak bazir duit untuk pasang CCTV lain yang mahal-mahal.

Kredit: Instagram Oh! Media

+ Baca respon pembaca Xiaomi Home Security Camera 360 di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media