Xiaomi Lancarkan Redmi 9 Series Serendah RM359


Hari ini Xiaomi Malaysia baru jer mengumumkan dua smartphone terbaru mereka di pasaran Malaysia yang berspesifikasi asas. Kedua-dua smartphone mampu milik ini iaitu Redmi 9A dan Remi 9C sangatlah sesuai kepada semua pengguna yang menggunakan smartphone hanya untuk kepentingan semata.


Redmi 9A dan 9C ini didatangkan dengan 2GB RAM dan storage sebesar 32GB. Apa yang membezakan mereka adalah cip set dan kamera utama. Untuk Redmi 9A, ia dikuasakan dengan cipset Helio G25 bersama dwi kamera dan bagi Redmi 9C pula dikuasakan dengan Helio G35 bersama tri-kamera.

Spesifikasi penuh bagi kedua-dua smartphone ini masih belum diumumkan lagi tetapi ada yang mengatakan kedua-dua mereka hadir dengan skrin sebesar 6.53 inci. Bermula 7 Julai nanti, Redmi 9A akan dijual pada harga RM359 dan untuk Redmi 9C pula dijual pada hujung bulan Julai dengan harga RM429.

Kredit : Xiaomi Malaysia

+ Baca respon dua smartphone terbaru dari Xiaomi di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media