Achey Tunai Janji, Teruskan Kerja-Kerja Tergendala Arwah Abam!

Posted on Friday, July 24, 2020 | 7/24/2020



Sebelum ini Achey pernah berjanji untuk meneruskan segala kerja-kerja arwah Abam yang tergendala selepas arwah Abam meninggal dunia pada 10 Februari lepas. Selain dari untuk melunaskan segala kerja-kerja berkenaan, tujuan Achey bertindak sedemikian adalah untuk membantu balu dan anak arwah Abam.

Ia membabitkan produk kurus tetapi kurang sesuai untuk saya kerana saya memang kurus. Jadi, saya lakukannya bersama isteri. Alhamdulillah, tontonan agak tinggi.Satu lagi ialah produk minuman dan saya dapat maklum balas yang sangat baik hingga peniaga terpaksa menyuruh saya memadamkan hantaran itu kerana tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Selepas berjaya menyempurnakan kerja-kerja berkenaan, Achey melahirkan rasa syukur kerana sambutan yang diterima olehnya sangat menggalakkan. Pada masa yang sama, Achey turut mengakui bahawa dia rindu pada arwah Abam. Jelasnya, bagi mengubati kerinduan berkenaan, dia sering menziarahi kubur Allahyarham di Gombak.

Sumber gambar dari Illuminasi
Baginya, pemergian arwah Abam sangat meninggalkan bekas yang mendalam buat Achey dan juga Fad. Info lain, Achey kini dilantik sebagai seorang duta bagi syarikat jenama tempatan bagi produk pewangi kereta dan minyak wangi.

OHMEDIA: ITULAH GUNANYA SAHABAT. SEMOGA SEGALA URUSAN ACHEY DAN KELUARGA DIPERMUDAHKAN.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Achey tunai janji, teruskan kerja-kerja tergandala arwah Abam di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/24/2020

0 comments:

Loading...