Anak Kecil Memberi Syafaat Kepada Ibu Bapa Untuk Masuk Syurga



SOALAN


Ada yang mengatakan jika seorang anak meninggal masa mereka masih kecil, anak tersebut boleh memberi syafaat kepada ibu bapanya untuk masuk syurga. Adakah perkara ini benar?

JAWAPAN 


Untuk menjawab persoalan di atas maka disertakan disini beberapa hadith yang berkaitan :

Telah diriwayatakan dari Abu Musa Al-Asy’ari r.a. Rasulullah saw bersabda :


إِذَا ماتَ ولدُ العَبْدِ ، قالَ اللهُ لمَلَائِكَتِهِ : قَبَضْتُمْ وَلَدَ عَبْدِي؟ فَيَقُولُونَ : نَعَمْ . فَيَقُولُ: قَبَضْتُم ثَمَرَةَ فُؤَادِهِ؟ فَيَقُولُونَ : نَعَمْ . فَيَقُولُ : مَاْذَا قالَ عَبْدِيْ؟ فَيَقُولُونَ : حَمِدَكَ وَاسْتَرْجَعَ . فَيَقُولُ اللّهُ : ابْنُوا لِعَبْدِيْ بَيْتًا فِيْ الجَنَّةِ وَسَمُّوهُ بيتَ الحَمْدِ


Artinya : “Apabila mati anak kepada seorang manusia maka berkata Allah bagi malaikat : Kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku? Jawab malaikat : Ya.
Maka kata Allah : Kamu mengambil nyawa buah hati hamba-Ku?
Jawab malaikat : Ya.
Kata Allah : Apa kata hamba-Ku itu?
Kata malaikat : Dia memuji Mu dan mengucap Inna Lillah wa Inna Ilaihi Raji'un.
Maka kata Allah : Binakan bagi hamba-Ku itu sebuah istana di dalam syurga dan namakan istana itu dengan nama Baitul Hamdi.” (Hadith Tirmizi dan Ibnu Hibban)


Dan diriwayatkan daripada Abu Al-Hasan katanya : Aku berkata kepada Abu Hurairah r.a. :

إنَّه قَدْ مَاتَ لِي ابنانِ ، فَمَا أَنْتَ مُحَدِّثِي عَنْ رَسُولِ اللهِ بِحَدِيْثٍ تُطَيِّبُ بِهِ أَنْفُسَنَا عَنْ مَوْتَانَا ؟ قالَ : نَعَمْ ، صِغَارُهُم دَعَامِيْصُ الجَنَّةِ ، يَتَلَقَّى أَحَدُهُم أَبَاهُ - أَوْ قَالَ أَبَوَيْهِ - فَيَأْخُذُ بِثَوْبِهِ ، - أَوْ قَالَ بِيَدِهِ - كَمَا آخُذُ أَنَا بِصَنَفَةِ ثَوْبِكَ هذا ، فَلا يَتَنَاهَى حتى يُدخِلَه اللهُ وَأَبَاهُ الجَنَّةَ


Artinya : “Sungguhnya telah mati dua orang anakku maka apa yang kamu tahu tentang satu hadith daripada Nabi saw yang boleh memberi ketenangan bagi diriku menghadapi kematian ini? Abu Hurairah berkata : Ya. Anak-anak yang mati kecil adalah anak-anak yang akan memasuki syurga. Salah seorang dari anak-anak itu akan menemui bapanya atau kedua ibu bapanya lalu anak itu akan memegang akan pakaian bapa atau kedua ibu bapanya seperti aku memegang hujung pakaianmu ini dan anak itu tidak akan melepaskannya sehinggalah Allah memasukkan anak itu dan kedua ibu bapanya ke dalam syurga.” (Hadith Imam Muslim)
Dan diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Rasulullahs aw bersabda :


مَا مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَمُوتُ لَهُمَا ثَلَاثَةٌ مِنَ الْوَلَدِ لَمْ يَبْلُغُوا الْحِنْثَ إِلَّا جِيءَ بِهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُوقَفُوا عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ فَيُقَالُ لَهُمُ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ فَيَقُولُونَ حَتَّى يَدْخُلَ آبَاؤُنَا فَيُقَالُ لَهُمِ ادْخُلُوا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْجَنَّةَ


Artinya : “Tiadalah dua orang Islam (ibu & bapa) yang mati tiga orang anaknya yang belum dewasa melainkan akan didatangkan anak-anak itu pada hari kiamat dan didirikan di depan pintu syurga lalu dikatakan bagi anak-anak itu : Masuklah kamu sekelian ke dalam syurga. Maka berkata anak-anak itu : Tidak! Sehingga masuk juga dua ibu bapa kami. Maka dikatakan kepada anak-anak itu : Masuklah kamu sekelian serta ibu bapa kamu ke dalam syurga.” (Riwayat Ibnu Al-Munzir pada kitab Ar-Targhib Wa At-Tarhib)


Maka terjawab sudah perosalan bahawa orang beriman yang kematian anak yang masih kecil maka anak itu akan menysafaatkan ibu bapanya masuk ke dalam syurga pada hari kiamat nanti.

Ulamak berkata disyaratkan hendaklah pada ketika anaknya itu meninggal dunia adalah ibu bapanya bersabar dan redha dengan ketentuan Allah Taala.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca anak kecil memberi syafaat kepada ibu bapa untuk masuk syurga di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media