Brentford Kini Selangkah Ke EPL


Kelab kerdil, Brentford FC kini selangkah untuk layak ke saingan Liga Perdana Inggeris musim depan selepas menewaskan Swansea 3-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua Play-Off awal pagi tadi. Beraksi di Griffin Park Night pasti memberi sedikit kelebihan buat Brentford yang tewas 1-0 pada perlawanan tempoh hari.


Tuan rumah berjaya di hadapan pada minit ke-10 menerusi satu serangan balas sebelum disudahkan oleh Watkins hasil satu rembatan leret. Pemain Denmark, Emiliano Marcondes menambah gol kedua Brentford empat minit kemudian selepas menyempurnakan hantaran dari Said Benrahma.


Bersambung separuh masa kedua, Brentford menambah luka Swansea menerusi sepakan volley Bryan Mbeumo pada minit ke-46. Walaubagaimanapun Swansea berjaya mendapat gol saguhati pada minit ke-78. Keputusan ini menyaksikan Brentford layak ke pentas akhir Play-Off dan bakal bertemu Fulham atau Cardiff City.

OHMEDIA: SEMOGA BRENTFORD LAYAK BERAKSI DI EPL MUSIM DEPAN 

+ Baca respon pembaca Brentford kini selangkah ke EPL di Facebook Oh! Media







Sumber: Oh! Media