Cuba Kaut Untung Lebih Banyak, Peniaga Jual Durian Ikut Jenis Kereta!


Tak dinafikan bahawa buah durian sememangnya mahal dipasaran, bergantung kepada jenis buah durian berkenaan. Tapi ada yang cuba memanipulasikan harga raja buah berkenaan dengan cara yang tak masuk akal!

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Ahmad Fitri Ali, terdapat peniaga durian mengambil kesemptan menjual mengikut kenderaan yang dipakai oleh pembeli.

Misalnya, harga durian berkemungkinan naik dua atau tiga kali ganda dari harga asal jika pembeli berkenaan datang membeli menaiki kenderaan mewah. Mereka sanggup berbuat demikian kerana permintaan buah berkenaan yang semakin meningkat.

Sumber gambar dari MalaysiaKini
Sebelum ini ada penjual yang menjual buah berkenaan menggunakan penimbang yang tidak tepat bacaanya, menyebabkan harga buah berkenaan menjadi lebih berat dari yang sepatutnya. Ada juga yang tidak mempamerkan harga buah berkenaan mengikut jenis.

OHMEDIA: MANUSIA JENIS KEJAR UNTUNG NI MEMANG SUKA BUAT BENDA-BENDA YANG LANGGAR HUKUM. KORANG YANG BELI BUAH DURIAN NI HATI-HATILAH YA! LEPAS NI KALAU NAK BELI BUAH, DATANG NAIK KANCIL ATAU AXIA TAKPUN DATSUN.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca harga buah durian berdasarkan jenis kereta di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media