Donnie Yen Berikan Tanda Bakal Hasilkan Filem Aksi Adaptasi Sleeping Dog!


Siapa tak kenal dengan permainan video Sleeping Dog yang mempunyai gameplay seakan GTA ni yang cukup popular dahulu. Kalau korang masih ingat, pada tahun 2018, pelakon aksi terkenal Donnie Yen pernah kongsikan gambar yang menunjukkan dirinya memegang watak Wei Shen.


Gambar ini juga sekigus menimbulkan tanda tanya samaada akan ada filem aksi yang akan diadaptasi dari permainan video ini.


Dalam perkongsian terbaru Donnie Yen yang cukup terkenal dengan kejayaan filem IP Man telah mengumumkan bakal mengeluarkan filem aksi terbaru iaitu Sleeping Dog. Ini sekaligus menjawab segala tanda tanya peminat dan rata-rata tak sabar menantikan hasilnya nanti.

Saya teruja untuk memulakan segala persiapan untuk cabaran seterusnya dan mensasarkan untuk penghasilan filem pecah panggung! - Tulis Donnie di akaun Instagram miliknya.

Donnie turut meletakkan tanda #action #sleepingdog #kickass #martialarts dan #actionmovie dan telah mendapat lebih 82,000 likes dan 2,100 komen.


Bagaimanapun sampai sekarang masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak Donnie mahupun dari pembangun permainan Sleeping Dog sendiri. Tapi apa yang pasti Donnie Yen akan terlibat dalam penghasilan filem aksi yang dinanti-nantikan ini. Rupa Donnie pun memang dah hampir sama dengan watak Sleepin Dog ni.


Kredit: Instagram Donnie Yen

+ Baca respon pembaca yang tak sabar nak nantikan adaptasi dari permainan ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media