Ini Respon Zizan Bila Dapat Tahu Mira Filzah Bertunang Dengan Anak Timbalan Menteri

Posted on Saturday, July 18, 2020 | 7/18/2020



Beberapa hari yang lalu kecoh di media sosial yang rata-rata terkejut mendengar berita pertunangan pelakon popular Mira Filzah bersama pasangan pilihan hati Wan Emir Astar yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.

Tapi Ohmedia tertarik pula dengan komen dari netizen yang ada menaikkan nama pelawak terkenal Zizan Razak yang dahulunya pernah dikaitkan dengan Mira Filzah.

Ada juga yang bersedih dengan nasib Zizan sebab kalau dulu pernah dikaitkan dengan Emma Maembong dan akhirnya berkahwin dengan orang lain, kini Mira Filzah pula bakal berkahwin dengan orang lain. Jadi apa pula respon Zizan dengan berita pertunangan Mira ni?

Orang sudah nak kahwin, nak mendirikan rumah tangga. Lebih baik kita mendoakan yang terbaik untuk masa depan. Jadi isteri yang baik, ada suami yang baik, ada keluarga yang baik di kedua belah pihak sehingga ke jannah. Itu sajalah saya boleh doakan. Saya juga tumpang gembira apabila kita dengar berita sebegitu. - Respon Zizan.

Itulah yang terbaik dengan mendoakan kebahagiaan kawan kita. Tak apa Zizan, tak lama lagi mesti akan ada wanita yang terbaik akan temani hidup kamu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang minat dengan Zizan dan Mira di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/18/2020

0 comments:

Loading...