Kerajaan Sedang Teliti Mewajibkan Pemakaian Mask Di Tempat Awam

Posted on Wednesday, July 22, 2020 | 7/22/2020



Dalam usaha untuk mengelakkan berlakunya gelombang baru pandemik, kerajaan sedang meneliti untuk mewajibkan pemakaian mask di tempat awam memandangkan sejak kebelakangan ini jumlah kes membabitkan rakyat tempatan semakin meningkat.

Justeru itu, dalam peraturan yang sedang diteliti, mereka yang ingkar, tidak memakai mask di tempat awam akan dikenakan denda sehingga RM1,000 atau dipenjara. Berdasarkan carian kami, pemakaian mask adalah pelindung diri yang mampu memperlahankan jangkitan wabak berkenaan.



Sehingga semalam, Malaysia mencatatkan 15 kes positif baru dan 123 kematian. Setakat ini jumlah kes terkumpul adalah 8,815 kes manakala kes sembuh adalah 8,562 kes.



OHMEDIA: MAKIN RAMAI YANG MULA MENGAMBIL RINGAN PERKARA INI. BAHKAN ADA JUGA YANG TIDAK MEMATUHI SOP YANG TELAH DIGARISKAN OLEH KEMENTERIAN. MUNGKIN PATUT DIPERTIMBANG MEWUJUDKAN PERATURAN WAJIB PEMAKAIAN MASK DI TEMPAT AWAM.

Kredit: Twitter @KKMPutrajaya

+Baca respon pembaca kerajaan sedang teliti peraturan wajibkan pemakaian mask di tempat awam di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/22/2020

0 comments:

Loading...