Kes Covid-19 Di Indonesia Kini Telah Mencecah 100 ribu


Kes Covid-19 di Indonesia kini di tahap membimbangkan selepas mencecah 100 ribu dan situasi ini meletakkan Indonesia di negara ke-24 dunia yang mencatatkan kes tertinggi setakat ini. Penambahan kes harian mereka juga telah melebihi 4 angka iaitu sebanyak 1,525 kes dalam masa 24 jam.


Selain itu, jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Indonesia hampir mencecah lima ribu dan pasti akan menambah kerisauan penduduk di Republik tersebut yang kini dianggarkan sekitar 271 juta. Walaubagaimanapun, 58,173 daripada 100,303 kes positif Covid-19 dilaporkan telah pulih.


Oleh yang demikian, kita di Malaysia perlu sentiasa berhati-hati dan mencegah dari awal supaya tidak berlaku gelombang kedua Covid-19 di negara kita. Jangan sesekali berhenti mengamalkan penjarakan sosial, menggunakan pelitup muka serta memakai hand sanitizer.

OHMEDIA: RAYA NAK DEKAT JADI BERSAMA-SAMA KITA MENCEGAH PENULARAN COVID-19

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca kes Covid-19 di Indonesia kini telah mencecah 100 ribu di Facebok Oh! Media



Sumber: Oh! Media