Lebih 1,000 Jemaah Termasuk Erdogan Akan Tunai Solat Jumaat Di Hagia Sophia Selepas 86 Tahun

Posted on Friday, July 24, 2020 | 7/24/2020



Hari ini 24 Julai 2020 Hagia Sophia akan menerima kehadiran jemaah untuk menunaikan solat Jumaat buat kali pertama selepas 86 tahun. Lebih istimewa apabila Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan turut akan bersama-sama.

Selama 86 tahun Hagia Sophia telah dijadikan sebuah muzium dan membenarkan pelbagai agama untuk hadir dan bermeditasi di sana. Bagaimanapun, status muzium ini telah ditarik semula oleh Mahkamah Tinggi Turki.

Banggunan ikonik Kristian ini dahulunya telah ditukar kepada masjid sejak penaklukan Uthmaniah pada tahun 1453.

Setakat Rabu lalu, lebih 1,000 orang akan menyertai solat Jumaat hari ini yang akan didahului dengan bacaan al-Quran. Turut diundang pemimpin dan pegawai daripada beberapa negara yang majoriti Muslim termasuk Qatar dan Azerbaijan. - Kata Ketua Pengurusan Agama Turki, Ali Erbas kepada media Turki.

Untuk pengetahuan korang, keputusan Erdogan untuk menjadikan Hagia Sophia sebagai sebuah masjid telah dikecam hebat Amerika Syarikat dan pemimpin Kristian Ortodoks.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang gembira dengan berita ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/24/2020

0 comments:

Loading...