Nadia Brian Cedera Di Lokasi Penggambaran


Menurut laporan Harian Metro, pelakon jelita Nadia Brian mengalami kecederaan di bahagian kaki kirinya ketika bermain badminton bersama beberapa kru di lokasi penggambaran bagi drama bersiri Rudy vs Jolie yang terletak di Kuantan, Pahang.

Kejadian tersebut telah berlaku pada pukul 6 petang sementara menunggu waktu memulakan penggambaran. Walaubagaimanapun, dia telah dibawa ke klinik yang berhampiran dan doktor memaklumkan bahawa berlaku sedikit kecederaan di tisu lembut bahagian kakinya.

Kaki mula membengkak dan terasa sakit. Doktor memaklumkan berlaku sedikit kecederaan di tisu lembut bahagian kaki saya. Sakitnya tak dapat saya gambarkan hingga terpaksa disuntik dengan ubat tahan sakit. Doktor memberi surat pelepasan kerja kepada saya untuk berehat selama lima hari dan abang Mi (Shuhaimi) pun membenarkan saya berehat buat seketika. Jadual penggambaran terpaksa disusun semula dan mereka akan teruskan penggambaran untuk babak lain yang tidak membabitkan saya sehingga saya benar-benar kuat untuk kembali kerja.

Kalau korang nak tahu, ini adalah kali pertama dia mengalami kecederaan di lokasi penggambaran. Dengar nasihat doktor ya, Nadia! 5 hari rehat untuk bagi kaki awak betul-betul sembuh. Apapun, Ohmedia doakan semoga cepat sembuh dan terus maju jaya dalam industri hiburan.

OHMEDIA: TERINGAT PULA OHMEDIA JUMPA NADIA BRIAN DEKAT GENTING HIGHLAND. LAWA!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media