OnePlus Akan Hadir Dengan Nama Lain Untuk Smartphone Bajet Baru Mereka!


OnePlus dikatakan akan melancarkan model smartphone baru mereka dengan nama berlainan dari kebiasaan yang mereka gunakan. Selain kita menjangkakan tech dan specs yang akan ditawarkan pada sesuatu device, kita kena tahu juga nama devices berkenaan, sesuai atau tidak. OnePlusZ atau OnePlus Nord antara nama yang akan digunakan pada device terbaru berkenaan dan menjadi perdebatan hangat antara peminat jenama berkenaan.

Sumber gambar dari 5to9Google
Menurut info dari Android Headlines, OnePlus telah memilih OnePlus Nord untuk smartphone terbaru mereka dimana ia dijangka akan dilancarkan pada 10 Julai ini sebagai sebuah smartphone bajet. Sebagai sebuah smartphone bajet, OnePlus Nord akan tersedia untuk pasaran India terdahulu memandangkan ia mempunyai market size yang besar.


Untuk itu, OnePlus telah membuka akaun Instagram bagi mengeluarkan four-part documentary series untuk mempromosikan OnePlus Nord. Untuk info korang, OnePlus Nord dijangka menggunakan cipset dari Qualcomm, iaitu Snapdragon 765G. Smartphone ini juga bakal hadir dengan dual front-facing camera yang terdiri daripada 32MP dan 8MP sensor. Untuk harga yang ditawarkan pada smartphone ini adalah sekitar RM1,280.

OHMEDIA: UNTUK PEMINAT ONEPLUS, KORANG OKAY KE DENGAN NAMA BARU NI? ATAU KORANG TAK KISAH PUN SEBENARNYA. CUBA KOMEN SIKIT KAT FACEBOOK.

Kredit: Technave | Android Headlines

+ Baca respon pembaca untuk nama bagi model baru dari OnePlus di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media