Pengguna Bebas Buat Video & Masuk Dalam YouTube & Tik Tok - Datuk Saifuddin

Posted on Friday, July 24, 2020 | 7/24/2020



Kalau tadi pihak FINAS sudah memberi penjelasan mengenai permohonan lesen untuk pengguna media sosial, YouTube dan TikTok untuk melakukan video, kali ini pihak kerajaan juga telah memberikan jaminan untuk mengekalkan prinsip media dan hak kebebasan individu.

Perkara ini dinyatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Safiuddin Abdullah yang berkata pengguna bebas menggunakan platform sedia ada.

Ini termasuk menghasilkan dan memuat naik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh FINAS. - Katanya.

Apa yang pasti, kabinet hari ini tetap bersetuju untuk meminda dan melihat semua Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) agar kejadian ia sesuai dengan teknologi yang ada pada masa ini.

Bagi kami di Ohmedia, perkara ini sebenarnya perlu dikaji semula agar apa yang berlaku seperti Al Jazeera sebelum ini tidak berulang kembali. Apa pula pandangan korang?

+ Baca respon pembaca yang ikuti isu ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/24/2020

0 comments:

Loading...