Poco Lancarkan M2 Pro Dengan Bateri Sebesar 5,000mAh


Poco baru jer melancarkan smartphone terbaru mereka dibawah siri M iaitu M2 Pro. Ohmedia tahu ramai juga yang sukakan smartphone Poco ni sebab korang boleh dapatkan smartphone yang mempunyai spec tinggi dengan hanganya mampu milik.


Poco M2 Pro ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.67 inci LCD Full HD+. Cip pemprosesan yang dikuasakan pula ialah Qualcomm Snapdragon 720G bersama memori sehingga 6GB RAM dan storage sehingga 128GB. UBateri smartphone ini hadir dengan kapasiti 7,000 bersama 33W fast-charging menggunakan USB Type-C.


Untuk kamera utama, Poco M2 Pro ni dilengkapi dengan quad-kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultrawide + 5 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman. Untuk kamera depan pula hadir dengan 16 megapixel. Sekiranya masuk ke pasaran Malaysia, smartphone ini mungkin dijual pada harga bawah RM1,000 jer guys bagi spesifikasi yang paling tinggi.

Kredit: The Verge

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru Poco di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media