Qualcomm Perkenalkan Snapdragon 865 Plus Yang Mencapai Kelajuan 3.1Ghz


Qualcomm baru jer memperkenalkan cipset terbaru mereka secara rasmi iaitu Snapdragon 865 Plus guys. Cipset paling terbaru dan tercanggih dari Qualcomm ni akan berkuasa lebih 10% daripada cipset yang sebelum ni dari segi CPU dan GPU.


Snaprdaron 865 Plus ni dilengkapi dengan GPU Adreno 650 yang mencapai kelanjuan pada pemprosesan sehingga 3.1Ghz. Pergh! Cipset ni juga dikatakan menyokong sehingga 3.6Gbps kelajuan Wifi dengan adanya Qualcomm FasConnect 6,900.

Untuk menyokong rangkaian 5G, cipset ni dilengkapi dengan modem X55 5G. Apa yang menariknya, cipset terbaru Qualcomm ni boleh menyokong sehingga 144fps dengan ciri Snapdragon Elite Gaming. Jadi, kaki gamers dekat luar sana tu memang layan habis guys bila tengah main game.

Kredit: Qualcomm

+ Baca respon pembaca cipset terbaru dari Qualcomm di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media