realme Kejutkan Lagi Peminat Mereka Dengan Smartphone Terbaru C15 Yang DIlengkapi Dengan Bateri 6,000mAh


realme mempunyai ramai peminat mereka tersendiri disebabkan hampir kesemua smartphone dari realme telah dijual dengan harga yang mampu milik dengan spec yang tinggi. Kalau korang nak tahu, realme sekali lagi akan melancarkan smartphone terbaru mereka iaitu realme C15 tak lama lagi di Indonesia guys.


Menerusi gizmochina, realme C15 ni akan dilancarkan pada 28 Julai nanti yang dilengkapi dengan bateri sebesar 6,000mAh bersama 18W fast-charging. Apa yang dapat kita lihat dekat poster yang tersebar tu, smartphone terbaru dari realme ni didatangkan dengan quad kamera dan juga fingerprint scanner dekat bahagian belakang.

Apapun, spec penuh realme C15 ni masih belum dibongkarkan lagi. Tapi kalau dah dengar pasal bateri yang ada pada realme C15 ni pun dah buat kita semua tak sabar nak tahu lebih lanjut tentang spec penuh smartphone ni. Korang rasa model ni akan pakai cipset apa? Sama-samalah kita tunggu pelancarannya nanti ya guys.

Kredit: gizmochina

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru dari realme di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media