realme Lancarkan C11 Dengan Bateri Sebesar 5,000mAh Pada Harga Serendah RM429!


realme Malaysia baru jer memperkenalkan smartphone terbaru semalam iaitu realme C11 gais di pasaran Malaysia gais. Apa yang korang boleh perhatikan disini, design pada smartphone realme terbaru ni sangatlah trendy. Bukan tu jer, spec yang ditawarkan pada smartphone ni pun cukup memuaskan gais.

BACA : realme C11 Telefon Pintar Yang Style Dan Trendy Buat Si Dia Jatuh Hati

realme C11 ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.5 inci yang akan memberikan pengalaman yang hebat apabila korang bermain game dan menonton movie dengan skrin besar yangh tersedia. Korang diberi dua pilihan warna untuk digayakan iaitu Mint Green dan Pepper Grey mengikut citarasa masing-masing dan bagi Ohmedia, warna Mint Green memang cun giler!


Cip pemprosesan yang dikuasakan pula adalah Mediatek Helio G35 dengan ketersediaan lapan teras yang mempunyai kitaran 2.3Ghz. Kalau korang nak tahu, bateri pada smartphone ini berkapasiti 5,000mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga 32 jam apabila membuat panggilan. Bukan tu jer, siap ada reverse charging yang yang buatkan smartphone ini seakan powerbank bagi telefon lain.


Untuk kamera utama pula menyokong kesan bokeh yang menjadikan subjek lebih menonjol disebabkan ia dilengkapi dengan Nightscape dual kamera yang iaitu 13 megapixel sensor utama + 2 megapixel kedalaman. Untuk kamera hdepan pula hadir dengan 5 megapixel.


Realme C11 ni didatangkan dengan sistem Android 10 dan ColorOS 7 dengan realme UI yang direka berdasarkan pilihan ramai pengguna. Bagi sesiapa yang nakkan smartphone yang sangat trendy dari realme ni, korang boleh dapatkannya pada 7 Julai di Shopee nanti pada harga RM429 jer gais. Bukan tu jer, korang juga boleh dapatkan realme Buds 2 secara percuma nanti gais.

+ Baca respon smartphone terbaru dari realme di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media