Tiga 'Ubi' Terengganu Barisi Skuad Malaysia

Foto oleh - media TFC.

KUALA TERENGGANU, 4 Julai - Tiga pemain muda Terengganu Football Club (TFC) bakal membarisi pasukan Malaysia B-19 selepas terpilih menjalani latihan pusat bermula esok.

TFC dalam satu kenyataan berkata, mengetuai senarai itu ialah penjaga gol tinggi lampai Terengganu, Muhammad Rahadi Azli Rahalim.

Selain itu, pemain yang beraksi di posisi penyerang, Muhammad Muslihuddin A'tiq dan pemain tengah, Muhammad Azam Azmi Murad turut terpilih sebagai persiapan khas skuad negara.



Sumber: teganukita.net