“Tolong Bawa Kami Pulang," - Penuntut Malaysia Yang Terkandas Di Yaman


Ekoran dari pandemik yang berlaku, bukan sahaja Malaysia, bahkan negara lain seperti Yaman turut berbuat sedemikian. Namun tindakan Yaman berkenaan memberi impak kepada pelajar Malaysia di sana kerana fasiliti kesihatan yang kurang kondusif serta penutupan pintu sempadan menyebabkan bekalan ubat terputus.

Penuntut Malaysia di sana merayu agar mereka dibawa pulang ke Malaysia memandang terdapat penuntut yang mengalami masalah kesihatan, seperti penyakit kronik dan juga kanser tahap dua. Lebih membimbangkan bahawa terdapat penuntut yang sedang sarat mengandung di sana.

Sumber gambar dari Middle East Affairs
Selain itu, mereka juga berdepan dengan masalah pasport tamat tempoh. Presiden Permaya Cawangan Hadramaut menjelaskan sekiranya tiada usaha dari kerajaan untuk membawa pulang mereka dalam masa terdekat, urusan pembaharuan pas perjalanan berkenaan kelak akan lebih sulit dan sukar.

Tambahnya lagi, mereka mengharapkan agar mereka dibawa pulang melalui penerbangan khas oleh kerajaan kerana sebelum usaha berkenaan gagal setelah empat kali kerana atas faktor keselamatan negara.

Sumber gambar dari JomlahCuti
OHMEDIA: SEMOGA KERAJAAN MALAYSIA MEMPERTIMBANGKAN UNTUK MEMBAWA PULANG PENUNTUT BERKENAAN KERANA TERDAPAT PEUNTUT YANG MENGALAMI MASALAH KESIHATAN.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca penuntut Malaysia terkandas di Yaman di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media