(Video) Bikin Sebak! Pasangan Suami Isteri Ini Beri Kejutan Kepada Insan Tersayang


Alhamdulillah, Ohmedia rasa seronok sangat bila tengok pasangan suami isteri ni memberi kejutan kepada insan tersayang untuk menghargai dan membalas jasa pengorbanan ibu bapanya. Perkongsian itu telah dibuat oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Rose di laman Twitter.

Tweet itu telah mendapat perhatian warganet sehingga video yang berdurasi 54 saat itu mencecah 152.8k tontonan. Sebak pula Ohmedia rasa bila diorang ni memberi sebuah kereta yang dipercayai jenis Axia berwarna hijau muda.

Alhamdulillah hari ini, tercapai hajat kami suami isteri nak belikan kereta untuk mak ayah. Walaupun kecil comel, janji mak ayah ada juga kereta. Tak kena hujan panas. Terima kasih mak ayah. Dapat happykan mak ayah sendiri ni salah satu kebahagiaan dunia. Yang mana 'puji' kata aku riak, menunjuk tu. Terima kasih sebab judge aku, ni lah hasil riak aku.

Saya tak sangka tweet ni nak blow out macam ni. Saya mintak] maaf bagi yang tiada parents, saya doakan parent awak semua bahagia di syurga sana. Bagi yang ada parent jangan bagi kereta ja, bagi jelah periuk belanga hatta gelang getah sekali pun kalau itu buat mak ayah gembira. Mereka hanya satu...Tiada ganti, minta mak ayah selalu doakan kita. Kerana doa mereka tiada hisab, malaikat angkat naik terus ke langit didengari Tuhannya. Saya doakan semua berjaya, semua sempat balas budi mak ayah anda. Terima kasih atas doa yang baik-baik dari kalian semua. Biiznillah.


Sebenarnya nak membalas jasa ibu bapa kita ni bukannya nak kena bagi kereta pun. Korang balas lah dengan cara korang tersendiri. Ikut kemampuan masing-masing. Ohmedia doakan kita semua dapat beri kebahagiaan kepada ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka. InsyaAllah, Amin.

OHMEDIA: TERIMA KASIH MAK AYAH!

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca sayang mak ayah di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media