(Video) Dua Jaringan Ronaldo Pastikan Juventus Hampiri Kejuaraan Liga


Kelab gergasi Itali, Juventus kini menghampiri kejuaraan liga selepas menewaskan Lazio 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Turin awal pagi tadi. bekas pemain PSG, Rabiot berjaya menguji gawang Lazio menerusi satu rembatan padu namun berjaya ditepis oleh Strakosha.



Penyerang Itali, Immobile hampir meletakkan Lazio di hadapan namun sepekan leret yang dilakukan dari luar kotak penalti terkena tiang. Tuan rumah Juventus berjaya memperolehi jaringan pertama menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ronaldo pada minit ke-52.


Ronaldo sekali lagi menjadi wira selepas menambah gol ketiga Juventus 3 minit kemudian hasil kesilapan pertahanan Lazio yang gagal mengawal bola dengan kemas sebelum dirampas oleh Dybala yang tenang membuat larian solo sebelum melakukan hantaran pendek kepada Ronaldo. Keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat.


OHMEDIA: JUVENTUS KEKAL DI TANGGA PERTAMA LIGA DENGAN 80 MATA

+ Baca respon pembaca dua jaringan Ronaldo pastikan Juventus hampiri kejuaraan liga di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media