(Video) Dua Remaja Tercampak Ke Udara Selepas Naiki Buaian


Menurut laporan Daily Mail, dua orang remaja yang berusia 13 tahun dan 14 tahun terpelanting ketika sedang bermain buaian di taman permainan yang dipercayai terjadi di Kazakhstan. Walaubagaimanapun, kejadian itu berjaya dirakam kamera pengawasan.

Video yang berdurasi 11 saat itu menunjukkan dua remaja tersebut kelihatan berdiri bersama-sama di atas buaian yang dinaikinya lalu mereka terpelanting ke arah belakang kerana skru pada buaian itu tidak dapat menampung berat mereka sehingga ia menjadikannya tercabut.


Namun, mereka telah dibawa ke Pavlodar Regional Children's Hospital untuk menerima rawatan kerena mereka mengalami kecederaan pada soft tissue, konkusi dan juga kecederaan pada bahagian kepala.

Ohmedia perasan juga peraturan taman permainan di Malaysia dekat sesetengah tempat yang mengatakan bahawa kanak-kanak sehingga umur 12 tahun jer boleh main. Kalau dah lebih tu, janganlah mengada-ngada nak cuba okay.

OHMEDIA: BUAIAN TU UNTUK KORANG DUDUK, BUKAN BERDIRI.

Kredit: Daily Mail

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media