(Video) Liverpool Tetap Senyum Walaupun Kena Belasah 4-0


Nampaknya Manchester City betul-betul melepaskan geram dengan membelasah Liverpool 4-0 di baki saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi. Beraksi di Stadium Etihad memberi sedikit kelebihan buat City dan mereka perlu memberi "Guard Of Honour" kepada Liverpool sebelum perlawanan bermula.


Boleh dikatakan kedua-dua pasukan menurunkan pemain utama mereka dalam perlawanan ini. Pemain tengah Belgium, Kevin De Bruyne menyumbat gol pertama City pada minit ke-25 hasil sepakan penalti selepas Raheem Sterling dijatuhkan dalam kotak penalti. 10 minit kemudian City menambah gol kedua menerusi satu serangan balas dan disempurnakan oleh Sterling.


Pemain muda England, Phil Foden berjaya menyumbat gol ketiga City pada minit ke-45 selepas menerima hantaran cantik dari De Bruyne. Bersambung separuh masa kedua, Liverpool sekali lagi dihukum menerusi serangan balas pantas yang dilakukan City sebelum rembatan yang dilakukan Sterling terkena kaki Chamberlain dan masuk ke gawang Liverpool.


Riyad Mahrez berjaya menjaringkan gol kelima City pada masa kecederaan namun dibatalkan oleh VAR kerana bola terkena tangan Phil Foden. Keputusan ini menyaksikan Manchester City kini di landasan untuk menjadi naib juara liga.

OHMEDIA: PEMAIN LIVERPOOL TIDAK BERMAIN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM PERLAWANAN INI. MUNGKIN KERANA MEREKA SUDAH BERGELAR JUARA

+ Baca respon pembaca Liverpool tetap senyum walaupun kena belasah 4-0 di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media