Vivo Perkenalkan IQOO Z1x Dengan Liquid Coolant Seakan Sebuah PC


Vivo juga tak ketinggalan dan telah memperkenalkan satu lagi smartphone iaitu Vivo IQOO Z1x 5G secara rasmi baru-baru ini. Bagi korang yang kaki main game tu, ini mungkin salah satu smartphone terbaik yang korang boleh dapatkan sebab ia dikatakan mempunyai liquid coolant yang seakan sama dengan sebuah PC guys. Pergh! Siap dengan 120Hz refresh rate tau.


Smartphone terbaru dari Vivo ni menggunakan skrin sebesar 6.57 inci IPS LCD Full HD+ beresolusi 1080x2408 pixel. Cip pemprosesan yang dikuasakan ialah Qualcomm Snapdragon 765G dengan memori sehingga 8GB RAM dan storage sehingga 256GB. Untuk bateri pula berkapasiti 5,000mAh bersama 33W fast-charging menggunakan USB Type-C.

Vivo IQOO Z1x ni dilengkapi dengan tri-kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman dan untuk kamera depan pula hadir dengan 16 megapixel. Ohmedia rasa smartphone ni pun dah memang puas giler kalau nak main game dan harga dia pun nampaknya takdelah mahal mana.

Kredit: Vivo China

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru Vivo di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media