315 Individu Ditahan, 127 Individu Lagi Tidak Memakai Pelitup Muka

Posted on Sunday, August 02, 2020 | 8/02/2020



Semakin ramai nampaknya kita dapat lihat yang ditahan dan dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati tidak memakai pelitup muka sejak ia dikuatkuasa pada 1 Ogos.

Terbaru, memetik laporan Harian Metro seramai 315 individu telah ditahan melanggar PKPP dan 127 darinya bersalah kerana tidak memakai pelitup muka. 150 individu pula didapati tidak mematuhi penjarakan sosial dan baki 38 individu melanggar SOP.

Daripada jumlah 315, tiga individu direman manakala 312 individu pula dikenakan kompaun. Pasukan Petugas Operasi Pematuhan PDRM itu juga membuat 63,473 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP. - Kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jadi kita perlu beringat dengan SOP yang telah ditetapkan ini. Semua ini perlu dilakukan pihak berkuasa dan kerajaan demi kebaikan kita bersama. Arahan mudah sahaja, hanya perlu ikut SOP yang telah ditetapkan kerana kita masih tidak boleh ambil mudah dengan wabak bahaya ini.


+ Baca respon pembaca yang ikuti SOP di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/02/2020

0 comments:

Loading...