7 Fakta Menarik Disebalik Kemerdekaan Malaysia Yang Korang Mungkin Tak Tahu


Esok merupakan hari bersejarah khususnya rakyat Malaysia, di mana kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita kali ke-63 sejak tahun 1957. Ada beberapa fakta menarik tentang kemerdekaan Malaysia yang mungkin korang tidak tahu. Jadi di sini kami kongsikan tujuh fakta menarik disebalik kemerdekaan Malaysia.

Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan

Sumber gambar dari Google
Seperti semua tahu, tarikh 31 Ogos 1957 adalah tarikh pengisytiharan kemerdekaan. Tapi tahukah  korang bahawa tarikh ini dipilih melalui melalui mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Tun Sardon Jubir dan timbalannya, Ahmad Badawi yang merupakan ayah kepada Tun Abdullah, Perdana Menteri Ke-5 di Kepala Batas, Pulau Pinang pada tahun 1956. Turut serta dalam mesyuarat berkenaan adalah datuk kepada Tun Abdullah, Haji Abdullah Fahim yang merupakan Mufti Pulau Pinang ketika itu.

Dihadiri Orang Kenamaan Dari Negara Lain

Sumber gambar dari Malaysian Design Archive
Acara pengisytiharan kemerdekaan negara ketika itu turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin negara lain, termasuklah Perdana Menteri India dan Raja dan Permaisuri Thailand serta wakil Ratu England ketika itu, Duke of Gloucester. Dianggarkan lebih 20 ribu orang berkumpul di Dataran Merdeka menyaksikan bendera Union Jack diturunkan dan bendara Malaysia dinaikkan tepat jam 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957 berkenaan.

Pengisytiharan Kemerdekaan

Sumber gambar dari Malaysian Design Archive
Pengisytiharan kemerdekaan dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia pertama ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku Abdul Rahman melaungkan pengisytiharan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali di Stadium Merdeka, dihadapan 20 ribu orang.

Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan

Sumber gambar dari Ahmad Ali Jetplane
Untuk info korang, dokumen pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melalyu ketika itu dibuat kepada dua versi, Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Untuk versi bahasa Melayu, ia ditulis dengan menggunakan tulisan jawi.

Pemindahan Lokasi Sambutan Kemerdekaan

Sumber gambar dari Astro Awani
Setelah 28 tahun rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan negara di Stadium Merdeka, Tun Mahathir ketika itu menjawat sebagai Perdana Menteri Ke-4 telah bertindak memindahkan sambutan berkenaan ke bandar raya Melaka pada tahun 1985. Bermula detik itu, sambutan kemerdekaan tidak tertumpu pada satu lokasi sahaja, bahkan turut diadakan di seluruh negara, terutama Dataran Merdeka dan Putrajaya sebagai lokasi utama acara berkenaan.

Penganjuran Festival Bola Sepak

Sumber gambar dari Bazookapenaka
Pernah dengar kejohanan Pesta Bola Merdeka? Event ini sememangnya dibuat dengan tujuan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan negara pada setiap tahun. Ketika 1950-an dan awal 1980-an, kejohanan ini merupakan satu kejohanan berprestij di kalangan negara-negara Asia kerana para peserta menghantar pemain skuad utama mereka. Untuk info korang, pasukan Hong Kong telah memenangi kejohanan pertama yang diadakan pada tahun 1957.

Pertandingan Reka Bentuk Bendera Malaysia

Sumber gambar dari Google
Pertandingan ini telah menarik 373 penyertaan. Penyertaan ini kemudian dikemukan kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk disenarai pendek. Dari jumlah berkenaan, hanya 3 penyertaan dipilih sebelum reka bentuk bendera Mohamad Hamzah dipilih secara majoriti dan mendapat perkenaan Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Bendera yang digunakan sekarang adalah idea dari Mohamad Hamzah.

OHMEDIA: HAMPIR 7 DEKAD KEMERDEKAAN MALAYSIA. TERLALU BANYAK PENCAPAIAN YANG DICAPAI SEHINGGA MALAYSIA MAMPU BERSAING DENGAN DENGAN NEGARA-NEGARA YANG SEDANG MEMBANGUN. MOGA ALLAH LINDUNGI NEGARA INI DAN SELURUH WARGANEGARANYA. TETAPLAH AMAN DAN SEJAHTERA SELAMA-LAMANYA, DIRGAHAYU NEGARAKU.

Kredit: MyNewsHub.tv

+ Baca respon pembaca 7 fakta menarik disebalik kemerdekaan Malaysia di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media