Ada Kemungkinan Seorang Pesakit Positif Di Negeri Sembilan Adalah Kes Jangkitan Kali Kedua

Posted on Tuesday, August 11, 2020 | 8/11/2020



Menurut posting yang dimuatnaik oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di laman Twitter, ada kemungkinan seorang pesakit yang dilaporkan positif pada hari Sabtu lalu di Negeri Sembilan adalah kes jangkitan kali kedua.

Hal ini terjadi kerana kajian mendapati 80% pesakit sembuh boleh mendapat jangkitan kali kedua. Namun, pihak mereka belum boleh mengisytiharkan mengenai kes di negeri tersebut kerana masih dalam siasatan dan ada kemungkinan juga pesakit itu mempunyai kontak rapat kepada pesakit positif di Indonesia.

Ada kemungkinan seorang pesakit yang dilapor positif pada Sabtu lalu di Negeri Sembilan, adalah kes jangkitan kali kedua. Ini kerana, kajian mendapati 80% pesakit sembuh boleh mendapat jangkitan kali kedua.

Namun, kita belum boleh isytihar kes di Negeri Sembilan itu adalah kes jangkitan kali kedua kerana masih dalam siasatan dan ada kemungkinan juga pesakit itu kontak rapat kepada pesakit positif di Indonesia.

Alamak! Ohmedia takut betul kalau pesakit yang telah sembuh boleh mendapat jangkitan semula. Apapun, semoga Allah melindungi kita semua. Jangan lupa patuhi SOP yang telah ditetapkan dan memakai pelitup muka bila berada di tempat sesak.

OHMEDIA: KITA BELUM MENANG LAGI GAIS!

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/11/2020

0 comments:

Loading...