Agensi Lain Juga Tidak Terlepas Dari Siasatan SPRM

Posted on Wednesday, August 12, 2020 | 8/12/2020



Semalam, 3 orang pegawai MBSA telah ditahan pihak SPRM apabila dipercayai terlibat dengan rasuah dan melindungi peniaga yang tidak mempunyai lesen dengan bayaran sekitar RM300 hingga RM3,500 sebulan untuk 1 peniaga.

Tindakan dari SPRM baru melibatkan agensi MBSA sahaja dan Ketua SPRM, Datuk Seri Azam Baki menegaskan bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan akan ada lagi anggota penguat kuasa agensi lain yang akan ditahan.

Yang mana pihak terlibat (dalam kes berkenaan) sudah tentu kita akan siasat. Saya tak nafikan kami terima maklumat dari seluruh negara berhubung kegiatan perjudian, rumah urut yang dilindungi oleh anggota penguat kuasa. Namun, kita perlukan bukti dan sokongan keterangan saksi ketika siasatan terhadap aduan berkenaan dijalankan. Saya memang puji kalau ada individu seumpama ini datang untuk beri maklumat dan sanggup bekerjasama. Kalau nak cari individu untuk dedahkan satu perkara dan jadi saksi, ia adalah amat sukar sekali. Saya boleh katakan perkara itu berleluasa di seluruh negara dan melalui perisikan, perkara itu memang berlaku. - Katanya.

Diharapkan usaha ini akan diteruskan sepanjang masa dan bukan hanya dilakukan hanya pada ketika kes panas seperti sekarang.

Mungkin buat masa ini, sindiket-sindiket seluruh negara akan hentikan operasi mereka kerana bimbang dikesan pihak berkuasa. Bagaimanapun, mereka pasti akan kembali melakukan aktiviti haram itu terutama apabila ada orang dalam yang memberikan maklumat.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan isu ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/12/2020

0 comments:

Loading...