Ajai Tampil Mohon Maaf Kepada Hafiz Zainal Big Stage 2020

Posted on Monday, August 24, 2020 | 8/24/2020



Korang masih ingat lagi tak dengan penyanyi dan komposer, Ajai yang memberikan markah terendah dalam sejarah kepada Hafiz Zainal? Fuh! Masa tu memang kecoh di media sosial.

Mana taknya, netizen sampai membuat petition bagi menyingkirkan Ajai sebagai juri tetap Big Stage 2020 tau!? Walaubagaimanapun, Ajai tampil memohon maaf secara terbuka pada permulaan konsert minggu kedua program tersebut.

Sebenarnya tindakan beliau melakukan seperti itu kerana dia hanya ingin melihat semua peserta Big Stage berjaya selepas keluar daripada program itu nanti.


Saya akui saya salah perkataan, mungkin itu prinsip saya apabila menjadi seorang juri dalam sesebuah pertandingan. -kata Ajai

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Peribahasa itulah yang sesuai untuk mereka berdua. Ohmedia harap korang jangan keruhkan lagi keadaan walaupun Ajai sudah memohon maaf kepada Hafiz ya.

OHMEDIA: BARU DIA TAHU KUASA MAKCIK BAWANG MACAM MANA.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/24/2020

0 comments:

Loading...