'Buat apa saya nak ambil (harta Abam) sedangkan bukan ada hak saya pun' - Ali Puteh

Posted on Friday, August 28, 2020 | 8/28/2020



"Sebelum ini, mungkin ramai yang tidak tahu dia (bekas kakak ipar Nor Hidayah Mohd Ali ) pernah memfailkan saman terhadap saya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000. 

"Saman yang dibuat oleh Hidayah itu antaranya menuduh saya mengambil harta abang saya dan harta anak yatim.

"Jadi, selepas berdiam diri selama beberapa bulan, dah tiba masanya untuk saya pula mengatur langkah demi membersihkan nama keluarga," itu penjelasan pelawak, Ali Puteh, 31, yang menceritakan apa yang orang ramai tidak tahu sebelum ini mengenai kontroversi yang terpalit pada dia dan keluarga sehingga menerima banyak tohmahan. 

Menurut Ali, enam hari selepas Allahyarham Abam meninggal dunia, dia menerima surat saman pertama pada 26 Februari dan ketika itu mereka sedang mengadakan majlis tahlil untuk arwah. 

Ingin saja dia bersuara tetapi ditegah oleh ibu kerana abangnya baru sahaja meninggal dunia. Ali akur dengan permintaan ibunya. 

Namun selepas dua ke tiga bulan kemudian, datang beberapa surat saman dihantar kepadanya yang bagi Ali, Hidayah benar-benar mahu membawa perkara itu ke mahkamah, menyebabkan Ali mengambil keputusan untuk berbincang dengan peguamnya. 

Antara tuduhan lain yang difailkan kepada Ali dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya. 

"Ada satu tuduhannya yang mengatakan bahawa saya mengambil wang abang saya dari dalam rumah dan mengambil jam-jam tangan. Itu adalah tuduhan yang tidak berasas bersifat fitnah.

"Sebelum ini dia pernah keluarkan kenyataan kononnya dia dihalau dari rumah sehelai sepinggang dan keluarga kami merebut semua wang milik arwah abang saya. 

"Jadi, bila saya nak uruskan urusan faraid, pihak bank memaklumkan mengenai wang RM10,000 yang dikeluarkan. 

"Di situ saya dah ada satu bukti dan akhirnya dia sendiri yang mengaku mengambil wang itu untuk dipindahkan ke akaun anaknya, dan juga mengambil jam tangan berjenama milik warwah," katanya. 

Jelas Ali, dia tiada masalah sekiranya bekas kakak iparnya itu membuat pengakuan awal mengenai wang RM10,000 itu kerana dalam faraid itu sememangnya sah ada bahagian untuk Hidayah dan anak. 

"Buat apa saya nak ambil sedangkan bukan ada hak saya pun. Lagi satu, kalau dia maklumkan yang dia ada buat pengeluaran, semuanya boleh disusun semula mengikut bahagian masing-masing. 

"Bayangkan, abang saya meninggal dunia dan dikebumikan selepas Maghrib dan pada tengah hari keesokkan harinya RM10,000 telah dipindahkan keluar dari akaun. Sedangkan kami sekeluarga masih berada di rumah. 

"Alasannya, dia takut kami rebut wang yang ada dalam akaun itu. Saya ada duit sendiri dan tidak mahu pun wang arwah abang saya,

"Saya tidak berniat untuk membuka aib, sebaliknya membersihkan nama keluarga selepas dikecam masyarakat. Saya nak bersihkan nama saya dan keluarga kerana isu-isu macam inilah nama kami sekeluarga terpalit kontroversi. 

Sumber: Harian Metro



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 8/28/2020

0 comments:

Loading...