Budak 4 tahun diberi minum arak, bapa enggan lapor polis kerana takut hilang pekerjaan


23 Ogos 2020, dua lelaki di Sulawesi Selatan, Indonesia, telah ditahankan kerana memaksa seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meminum arak dalam dua viral di media sosial. 

Video tersebut dipercayai direkod pada Sabtu, 22 Ogos dan telah ditonton lebih 130,000 kali di Facebook dengan 'comment' netizen yang jijik dengan perbuatan dua lelaki terbabit.

Video menunjukkan, salah seorang daripada lelaki itu memberi minuman alkohol kepada kanak-kanak itu setelah dia meminta air kerana kehausan.

Selepas meneguk tiga cawan air minuman keras itu, mangsa mula berasa pening dan terhuyung-hayang serta menjerit lalu terjatuh sambil ditertawakan oleh dua lelaki terbabit. 

Lapor Tribun News, kejadian itu berlaku di kebun lada hitam di Pekaloa yang juga merupakan tempat kerja bapa mangsa. 

Difahamkan, kanak-kanak itu ditinggalkan bersama dua lelaki berkenaan dikenali sebagai Firman Efendi, 20, dan M. Rifky Hendra Putrawan, 19, yang merupakan pemilik ladang tersebut. 

Bapa mangsa tahu mengenai kejadian yang menimpa anaknya. Tetapi memilih untuk berdiam diri dan tidak melaporkan kepada pihak polis kerana bimbang akan kehilangan kerja. 

"Dia orang susah, dia tak nak buat laporan kerana takut hilang pekerjaan," kata sumber.

Bagaimanapun, dua lelaki itu ditahan selepas video tersebut viral di di aplikasi WhatsApp dan media sosial. Kedua-duanya mengaku bersalah di atas perbuatan itu dan kini mereka sedang disoal siasat. 

Jika disabitkan bersalah, kedua-dua tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara dua hingga 10 tahun. 

Sumber: Tribun News, Kompas



Sumber : thereporter.my