Cemburu, suami nekad samun isteri sendiri

Posted on Thursday, August 27, 2020 | 8/27/2020



Seorang lelaki nekad menyamun isterinya sendiri yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dalam kejadian yang berlaku di Yogyakarta. 

Ketua Polis Daerah Karangmojo, Sunaryo berkata, kejadian itu berlaku pada Khamis (20/8/2020) di mana mangsa berusia 40 tahun dan suspek berusia 51 tahun adalah pasangan suami isteri. 

Dalam keterangan mangsa, dia pada hari kejadian sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang motosikal dan menyedari ada seseorang individu yang menutup wajahnya mengekori dari belakang. 

Tiba-tiba lelaki itu mendekatinya lalu menendang mangsa sehingga terjatuh dari motosikal. Suspek kemudian memukul kepala mangsa sebanyak dua kali sebelum menyamun beg tangan berisi telefon bimbit, wang dan barang-barang lain. 

Mangsa tidak berdaya melawan dan hanya tergamam melihat kejadian yang tidak disangkakan itu. 

Sebaik saja suspek melarikan diri, mangsa terus membuat laporan polis di balai berdekatan. 

Kertas siasatan dibuka, mangsa dan beberapa orang saksi dipanggil untuk membantu siasatan di mana salah seorang saksi mendedahkan suspek menunggang motosikal berwarna merah. 

Bertindak di atas maklumat yang diterima, polis telah menahan suspek dan dibawa berjumpa dengan mangsa. Perjumpaan itu membuatkan mangsa terkejut kerana suspek merupakan suaminya sendiri. 

Suspek mengakui dia sebenarnya berasa cemburu dengan isteri yang selalu berbual dengan lelaki lain melalui aplikasi sembang di telefon bimbit. Disebabkan rasa cemburu itu, suspek nekad melakukan perbuatannya itu. 

Sementara itu, mangsa masing tidak menyangka suspek adalah suaminya sendiri. 

SUspek ditahan polis untuk tindakan lanjut. 

Sumber: Tribun News



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 8/27/2020

0 comments:

Loading...