Dakwaan Asri Janggut Kata Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan - KPN Abdul Hamid


Walaupun sebelum ini mereka telah melakukan perjumpaan empat mata, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador turut memberikan pandangan mengenai kenyataan Asri Janggut yang menyifatkan ia sebagai dakwaan anggota tidak menjaga solat sebagai keterlaluan.

Ini Soal Kita Dengan Tuhan

Ini (solat) soal kita dengan Tuhan dan PDRM tidak pernah ketepikan … didikan moral dan agama sentiasa disemarakkan dalam pasukan.

Orang kena tahu yang PDRM juga ada hafiz dan setiap Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara mempunyai surau. Saya tidak boleh paksa semua orang sembahyang ... itu antara diri masing-masing dengan Tuhan
- Jelasnya.

Abdul Hamid juga menyatakan yang pihaknya telah berusaha menyediakan prasarana seperti surau bagi memastikan keselesaan anggota menunaikan kewajipan walaupun sedang bertugas.

Anggota Perlu Jalani Ujian Kefahaman Asas Agama

Setiap calon yang akan menjadi konstabel dan pegawai juga perlu melalui ujian asas agama dan ia telah lama dilakukan.

Ini telah lama dilakukan dan ujian kefahaman asas agama kepada calon agama Islam ini membolehkan PDRM nilai siapa yang layak untuk menjadi anggota polis. Dalam Rukun Negara juga jelas mengatakan yang asasnya adalah kepercayaan kepada Tuhan. Pucuk pimpinan tidak mahu orang berisiko diberi kuasa. - Jelasnya lagi.

Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan berakhir.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan isu Hot Burger di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media