Dengar Jeritan Orang Awam, Budak 7 Tahun Meninggal Dunia Jatuh Dari Tingkat 4


Malam tadi, seorang budak lelaki meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat empat di sebuah flat. Kejadian berlaku di Batu 2, Jalan Tuaran kira-kira pukul 8:30 malam semalam dan mangsa dikatakan baru saja berusia tujuh tahun.

Nenek mangsa yang berusia 52 tahun dikatakan duduk serumah menyedari kejadian itu selepas dengar orang awam menjerit di bawah flat. Ibu dan bapa mangsa tinggal di flat yang sama tapi di rumah lain.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan pasukan perubatan Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) sahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Kes ini dikatakan sebagai kes kematian mengejut dan tiada langsung unsur jenayah selepas siasatan dijalankan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca budak lelaki jatuh flat  di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media