Fasha Sandha Selamat Lahirkan Cahaya Mata Perempuan

Posted on Friday, August 07, 2020 | 8/07/2020



Sebentar tadi Ohmedia baru jer memberitahu yang Scha Alyahya kini hamil anak kedua tetapi ada berita yang lebih menggembirakan bahawa pelakon, Fasha Sandha selamat melahirkan cahaya mata perempuan sebentar tadi.


Perkongsian berita gembira itu telah dibuat melalui akaun Instagram suaminya, Aidil Aziz yang juga merupakan seorang pelakon. Alhamdulillah, seronok tengok artis-artis dah jadi mommies ni.

Jumaat. 07.08.2020. Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan dan sihat. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini. Terima kasih isteriku @fashasandha di atas kandungan selama ini.

I cuti sebulan jaga dan teman you berpantang okay. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan untuk kami. Semoga Allah memperluaskan lagi rezeki kalian..Amin.

Tahniah, Fasha dan Aidil. Tak sabar nak tahu nama baby girl tu hehe. Selamat menjalani pantang 44 hari!

OHMEDIA: KORANG RASA BABY A IKUT MUKA SIAPA?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/07/2020

0 comments:

Loading...