Filipina dapat 'green light' masukkan Sabah dalam peta, Hishamuddin tegaskan Sabah tetap milik Malaysia


Filipina sekali lagi cuba menuntut bahawa Sabah adalah miliknya dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Filipina. 

Dalam laporan CNN Philipphines, Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawawasan 320 kilometer Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) termasuk Sabah di dalam passport mereka. 

Pindaan itu dibuat bagi tujuan menekan hak dan sejarah Filipina ke atas Sabah.

Mengikut sejarah, Sabah sebelum ini merupakan sebahagian daripada kesultanan Sulu, selain Borneo Utara dan Filipina Selatan. Pada 1963, Sabah mengambil keputusan untuk bergabung dengan Malaya, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. 

Kali pertama Filipina cuba 'merampas' Sabah dari Malaysia adalah pada 2018 di mana Ahli Jawatankuasa Perundingan Filipina, Auilino Pimentel Jr, mendakwa mahu memasukkan Sabah dalam republik itu dalam satu temubual bersama media antarabangsa. 

Kenyataan Aquilino itu bagaimanapun dibidas oleh Menteri Luar (Malaysia) pada ketika itu, Datuk Seri Anifah Aman. 

Menurut Anifah, tuntutan Filipina ke atas Sabah menunjukkan betapa jahilnya Filipina dalam sejarah dan undang-undang antarabangsa. 

"Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian dari Malaysia sejak Persekutuan ini ditubuhkan pada 16 September 1963.

"Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf dan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak terhadap Sabah," katanya. 

Dalam percubaan tuntutan kali kedua ini, Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr dalam tweetnya mendakwa 'Sabah is not in Malaysia' (Sabah bukan sebahagian dari Malaysia).

Bimbang dengan ancaman itu, Kerajaan Sabah menggesan Kementerian Luar Negeri mengeluarkan kenyataan sekali lagi. 

Tanpa berlengah, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sekali lagi menegaskan bahawa Sabah adalah milik Malaysia.

"Sabah selamanya akan menjadi sebahagian daripada Malaysia," kata Hishamuddin di Twitternya yang disertakan dengan video kenyataannya di Parlimen pada 5 Ogos lalu.

Dalam video itu, Hishamuddin dengan jelas berkata, "Saya nak nyatakan di Dewan Rakyat ini, kita tidak mengiktiraf untuk memenuhi mana-mana pihak asing di Sabah. Pada masa sama, Sabah milik Malaysia dan akan tetap sebahagian dari Malaysia selama-lamanya," katanya. 

Di media sosial, netizen terutamanya rakyat Sabah membantah tindakan tidak Filipina yang tidak masuk akal itu. 




Sumber: Harian Metro, Astro Awani, CN Philippines, Inquirer, Oh Bulan

Sumber : thereporter.my