'Gaming Chair Buatkan Saya Derita Sakit Belakang' - CEO Razer

Posted on Friday, August 14, 2020 | 8/14/2020



Tidak lengkaplah setup gaming bagi kaki gamers kalau tiada gaming chair sekali betul tak? Menurut CEO Razer yang merupakan syarikat aksesori gaming iaitu Min-Liang Tan, kebanyakkan gaming chair di luar sana sebenarnya tidak bagus untuk tulang belakang kita.

Dia telah beberapa bulan mengalami sakit belakang yang kronik dan terpaksa berjumpa doktor. Min-Liang Tan juga telah melakukan pemeriksaan X-Ray dan mendakwa sakit yang dihadapainya itu berpunca dari sebuah gaming chair. Dia juga berkata yang kebanyakkan gaming chair semuanya nampak bagus, tapi sebenarnya adalah sampah yang mengakibatkan kita sakit.

Min-Liang Tan juga memesan agar kita semua cari kerusi gaming yang direka khas untuk kebaikan tulang belakang kita. Dia juga sedang dalam proses menyelidik untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik bersama-sama saintis mereka tentang isu ini. Adakah ini taktik untuk keluarkan kerusi gaming mereka? Sama-samalah kita nantikan gais.

Kredit: Facebook Min-Liang Tan

+ Baca respon pembaca kenyataan CEO Razer di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/14/2020

0 comments:

Loading...