Jamal Kembali Lagi Dengan Memuji Tindakan Berani Asri Janggut!

Posted on Wednesday, August 12, 2020 | 8/12/2020



Lama juga kita tak dengar perkembangan dari individu yang dulu selalu keluar di media dan akhbar kerana tindakannya yang boleh dikatakan jarang dilakukan orang. Siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Jamal Md Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang juga sempat memberikan reaksi terhadap apa yang berlaku kepada pemilik Hot Burger, Mohd Asri Hamid pada ketika ini.

Jamal dalam satu kenyataan memuji tindakan berani asri yang membongkar aktiviti perjudian dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh.

Keberanian Mohd Asri wajar disanjung kerana pendedahan itu boleh mengundang bahaya kepada diri dan keluarganya. Mereka pernah membuat laporan dan memberi maklumat kepada pihak polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai aktiviti perjudian. Namun, kita tidak pasti laporan itu sudah diambil tindakan atau sebaliknya.

Premis judi haram di negara ini seharusnya dihapuskan dan tangkap tauke yang menjalankan aktiviti perjudian itu
. - Tegasnya.

Jamal juga berkongsi cerita tentang pengalaman dirinya dan kawan-kawan yang pernah dituduh di mahkamah akibat pendedahan sindiket perjudian.

Jamal turut melihat apa yang berlaku hari ini telah menyebabkan operasi perjudian di Ampang Jaya turut tidak beroperasi lagi.

OHMEDIA: SEBAB ITULAH TINDAKAN INI PERLU DIAMBIL DARI SEMASA KE SEMASA BAGI MEMASTIKAN SINDIKET INI TIDAK BERANI MEMBUKA SEMULA OPERASI MEREKA.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang setuju dengan abang Jamal di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/12/2020

0 comments:

Loading...