Jaringan Penalti Bantu MU Ke Separuh Akhir Europa League

Posted on Tuesday, August 11, 2020 | 8/11/2020



Hasrat Manchester United untuk layak ke separuh akhir Liga Europa terlaksana selepas menewaskan kelab Denmark, FC Copenhagen 1-0 pada perlawanan suku akhir awal pagi tadi. Dalam perlawanan ini menyaksikan MU memiliki banyak peluang namun gagal disempurnakan dalam bentuk jaringan.


Pemain muda, Mason Greenwood berjaya meletakkan MU di hadapan pada minit ke-45 menerusi satu rembatan leret padu menewaskan penjaga gol, Johnsson. Walaubagaimanapun, jaringan tersebut dibatalkan kerana Greenwood berada di kedudukan offside.


Bersambung separuh masa kedua, MU terus melakukan asakan bertali arus untuk memburu gol pertama namun tetap digagalkan oleh Johnsson yang beraksi cemerlang dalam perlawanan ini. Akhirnya Bruno Fernandes menjadi hero buat MU apabila menyumbat gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-95. MU bakal bertemu sama ada Wolverhampton atau Sevilla pada aksi separuh akhir nanti.

OHMEDIA: NAMPAKNYA MU MASIH BERGANTUNG KEPADA SEPAKAN PENALTI UNTUK MENANG

+ Baca respon pembaca jaringan penalti bantu MU ke separuh akhir Europa League di Facebook Oh! Media

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/11/2020

0 comments:

Loading...