Nokia Lancarkan C3 Dengan Skrin Sebesar 5.99 Inci


Sebelum ni pengedar rasmi Nokia di Malayisia iaitu Macpie Distribution baru jer bawa masuk smartphone Nokia C2 di pasaran Malaysia dengan harga mampu milik serendah RM259 jer guys. Menerut TechNave, Nokia hari ini baru jer memperkenalkan Nokia dibawah siri C yang terbaru iaitu Nokia C3 di pasaran China guys.

BACA : Nokia C2 Dah Mula Dijual Dengan Harga Bawah RM300


Kalau korang nak tahu, Nokia C3 ni didatangkan dengan skrin sebesar 5.99 inci IPS LCD HD+ dengan resolusi 720x1440 pixel. Cip pemprosesan yang dikuasakan ialah Unisoc SoC dengan memori 3GB RAM dan storage sebesar 32GB yang boleh dibesarkan menggunakan microSD sehingga 128GB. Bateri yang ditawarkan pada smartphone ini berkapasiti 3,040mAh menggunakan micro USB.

Untuk kamera utama, ia hadir dengan 8 megapixel dan untuk kamera depan pula didatangkan dengan 5 megapixel. Walaubagaimanapun, Nokia C3 ni masih belum diketahui lagi bila masuk Malaysia dan harganya dijual nanti.

Kredit: TechNave | Gadget NDTV

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru Nokia di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media