Oppo Pun Nak Keluarkan Smartwatch Sendiri, Mungkin Akan Masuk Ke Malaysia Tak Lama Lagi!


Sekarang ni mesti ramai yang dah gunakan smartwatch kan, tambah lagi dengan pelbagai features yang dah tersedia tu sangatlah berguna. Kalau korang nak tahu, Oppo baru jer perkenalkan smartwatch mereka di India baru-baru ini guys. Pergh! Makin banyak pilihan kalau korang nak cari smartwatch sekarang ni.


Smartwatch dari Oppo ni didatangkan dengan dua variasi skrin iaitu 41mm dan 46mm. Ia juga dikuasakan dengan Android Wear OS yang akan membolehkan korang akses semua aplikasi yang ada dalam Google Play Store pada smartwatch tersebut. Menerusi TechNave, jam ini didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, rose gold dan silver mist.

Walaubagaimanapun, smartwatch dari Oppo ni masih belum diketahui lagi bila ia akan masuk ke pasaran Malaysia. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang spec dan harga bagi smartwatch dari Oppo ni, sama-samalah kita tunggu tarikh pelancarannya nanti ya guys.

Kredit: TechNave

+ Baca respon smartwatch terbaru dari Oppo di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media