'Rupanya tak boleh lurus, bila lurus kena pelangkung' - Saifuddin mohon maaf, tiada lesen akan dikenakan terhadap owner YouTube, TikTok

Posted on Monday, August 10, 2020 | 8/10/2020


"Sebagai menteri, saya kena minta maaf kerana ketika menjawab soalan itu di Dewan Rakyat pada 23 Julai, saya jawab lurus sangat. 

"Rupanya orang politik tidak boleh lurus, bila lurus kena pelangkung (hentam)," demikian kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berhubung kesilapan kenyataannya berhubung isu lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). 

Difahamkan, selepas 20 jam menjawab soalan itu, beliau telah membincangkan perkara itu di Kabinet dan Kabinet memutuskan orang ramai bebas menggunakan YouTube, TikTok untuk memuat naik kandungan. 

"Jangan risau, tidak akan dikenakan apa-apa tindakan. Kebebasan itu dijamin sepenuhnya," katanya. 

23 Julai lalu, kenyataan Saifuddin di Dewan Rakyat menimbulkan pelbagai reaksi netizen khususnya golongan muda yang merupakan pengguna majoriti media sosial. 

Sumber: Bernama



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 8/10/2020

0 comments:

Loading...