Safawi Rasid Bakal Jadi Pemain Paling Mahal Rantau Asia Tenggara

Posted on Friday, August 28, 2020 | 8/28/2020



Berita mengenai penyerang sensasi kelab ternama tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid yang mendapat tawaran berpeluang untuk bermain kelab liga utama Portugal, Portimonense SC kian mendapat perhatian hangat.



Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal. Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah. Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan. Martin Prest, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim ——— Johor Darul Ta'zim FC (JDT) would like to confirm that we have received an offer for Safawi Rasid from Portuguese Primeira Liga side Portimonense SC. The club believe the offer is good for both JDT and Safawi, and thus we are willing to let Safawi further his career in Europe. We are unable to reveal details of the offer as final negotiations are still ongoing. Martin Prest, Johor Darul Ta’zim FC Sporting Director Hidup Johor Demi Johor #HarimauSelatan #SouthernTigers #PermataSelatan #JewelOfTheSouth #JDTuntukSemua #JDTforAll
A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor) on

Pengarah Urusan Action Football Asia, Jagan Abdullah mengakui bahawa harga Safawi akan meningkat sekiranya dia berjaya menempatkan diri dalam pasukan berkenaan. Menurut info dari transfermarket.com, buat masa ini nilai Safawi adalah RM 1.6 juta dan akan meningkat kepada RM3 juta sekiranya kekal beraksi disana.

Sumber gambar dari AFC
Beliau juga tidak menolak bahawa Safawi mampu menjadi pemain Asia Tenggara jika dia beraksi cemerlang bersama kelab berkenaan.  Disamping itu, Safawi turut berpeluang dapat tawaran dari kelab terkenal seperti Porto dan Benfica.

OHMEDIA: RASANYA INI BUKAN KALI PERTAMA BERITA PEMAIN KITA MENDAPAT TAWARAN DARI KELAB EROPAH UNTUK BERMAIN DISANA, NAMUN TIDAK KESAMPAIAN. HARAPAN AGAR SAFAWI KEKAL LAMA DISANA DAN MENJADI CONTOH KEPADA PEMAIN YANG LAIN.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Safawi Rasid bakal jadi pemain paling mahal rantau Asia Tenggara di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/28/2020

0 comments:

Loading...