Salah Satu Parts Yang Harganya Lebih Mahal Dari Sebuah Kereta


Korang tahu tak sebenarnya dalam automotif ni ada barang ataupun parts yang lagi mahal dari harga sebuah kereta guys. Kalau dah minat, tak kisah apa dah untuk memuaskan nafsu diri sendiri betul tak? Salah satunya adalah sebuah sistem ekzos dari Romania iaitu Kline yang harganya dalam anggaran bermula RM40,000 untuk tabung sahaja. Tapi Kline ni cuma mengeluarkan sistem ekzos untuk kereta-kereta mahal jer guys dan untuk Myvi takde lah ya.


Kebiasaannya kalau korang tanya member-member yang main kereta ataupun pergi dekat kedai sendiri material ekzos apa yang selalu digunakan mesti mereka akan kata stainless steel dan titanium, tapi jenama Kline yang harganya lebih dari sebuah kereta ni menggunakan material Inconel.


Apa yang menariknya pasal Inconel ni dan kenapa harga dia mahal gila? Material inconel yang Kline gunakan ni sangat nipis dari material titanium tapi dapat menghasilkan kekuatan yang lebih padu. Bukan tu jer, kalau korang pakai Inconel ni dapat kurangkan berat dekat kereta korang nanti.

Tapi difahamkan apa yang lecehnya, material ni sangat susah untuk diwelding dan itulah yang menyebabkan harga dia melambung tinggi. Inconel ni menghasilkan bunyi yang sangat sedap kalau nak dibandingkan dengan material titanium ataupun yang lain. Memang gempak kan. Psst! Jangan lupa harga dia tu, kah!

Kredit: Kline innovation

+ Baca respon pembaca ekzos Kline di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media