Sancho Hampir Ke MU Dengan Yuran Sebanyak 110 Juta Pound


Gosip perpindahan pemain muda England, Jadon Sancho dari Dortmund ke MU semakin menemui jalan penyelesaian setuju dengan harga yang ditetapkan untuk membawa Sancho ke Old Trafford iaitu 110 juta pound (RM607.23 juta).


Walaubagaimanapun, MU tidak akan melakukan pembayaran penuh kerana merasakan pemain tersebut terlalu muda. Oleh yang demikian, MU akan membayar 70 juta pound dahulu sebagai pendahuluan untuk mendapatkan pemain tersebut.


Sekiranya perpindahan saga ini terjadi, Sancho bakal menerima gaji sebanyak 220,000 pound (RM1.21 juta)  seminggu dan 4 tahun kontrak bersama Manchester United. Selain itu, Ole Gunner Solskjaer ingin Sancho berada tiba di kelab tersebut 3 minggu sebelum saingan Liga Perdana Inggeris bermula.

OHMEDIA : PASTI RAMAI YANG TIDAK SABAR MELIHAT KEMUNCULAN SANCO DI OLD TRAFFORD

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Sancho hampir ke MU dengan yuran sebanyak 110 juta pound di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media